Kita Hamba Allah سبحانه و تعالى‎ Umat Nabi صلى الله عليه و سلم

Kejayaan Seluruh Umat Manusia Dan Jin Hanyasanya Dalam Agama Allah سبحانه و تعالى‎ Dan Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.Sejauh Mana Kita Taat Pada Perintah Allah سبحانه و تعالى‎ Ikut Cara Yang Di Tunjukkan Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)

Asma Ul Husna

Belajar NAFI makhluk ISBAT Allah



Kesemua perkara terkandung di dalam kalimah "LAILAHAILLALLAH" Hatta 99 nama Allah juga terkandung dalam kalimah agung ini. Maknanya cukup ringkas"tiada tuhan melainkan Allah" tetapi maksudnya sgt luas. Maksud kalimah ini ialah "untuk mengeluarkan kebesaran makhluk di dalam hati dan memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati". Dgn cara bagaimana? yes dgn cara menafi dan mengisbat. Cara menafi makhluk dan mengisbat Allah dgn mediumdakwah, iman akan meningkat pantas manakala dgn wirid dan zikir iman meningkat perlahan. Sila sebut perkataan di bawah dgn kuat, penuh perasaan dandakwahkan kpd 25 org dlm satu hari.

Bkn MAKANAN bg kenyang tp ALLAH bg kenyang,
Bkn MINUMAN bg hilang dahaga tp ALLAH bg hilang dahaga,
Bkn UBAT bg sembuh tp ALLAH bg sembuh,
Bkn RACUN bg mudharat tp ALLAH bg mudharat,
Bkn PANGKAT bg kemuliaan tp ALLAH bg kemuliaan,
Bkn DUIT bg manfaat tp ALLAH bg manfaat,
Bkn KERJA bg rezeki tp ALLAH bg rezeki,
Bkn BOS bg gaji tp ALLAH bg gaji,
Bkn MATAHARI bg cahaya tp ALLAH bg cahaya,
Bkn API bg panas tp ALLAH bg panas,
Bkn AIS bg sejuk tp ALLAH bg sejuk,
Bkn MATA bg nmpk tp ALLAH bg nmpk,
Bkn TELINGA bg dgr tp ALLAH bg dengar,
Bkn HIDUNG bg nafas tp ALLAH bg nafas,
Bkn JANTUNG bg nyawa tp ALLAH bg nyawa,
Bkn ENJIN bg kereta jln tp ALLAH bg kereta jln,
Bkn RODA bg pusing tp ALLAH bg pusing,
Bkn MADU bg MANIS tp ALLAH bg manis,
Bkn GULA bg sweet tp ALLAH bg sweet,
Bkn GARAM bg masin tp ALLAH bg masin,
Bkn AIRCOND bg dingin tp ALLAH bg dingin,
Bkn KIPAS bg angin tp ALLAH bg angin,
Bkn ANAK BINI bg bahagia tp ALLAH bg bahagia,
Bkn MUZIK bg tenang tp ALLAH bg tenang,
Bkn KEPAK bg terbang tp ALLAH bg terbang,
Bkn AWAN bg hujan tp ALLAH bg hujan,

Dakwahkan dan sebutkan berulang kali smpi anda jadi gila dan sampai org kata anda gila. Dakwahkan sampai mulut kita terima, sampai lidah kita terima, sampai tekak kita terima, sampai hati kita terima dan sampai Allah terima kita insyaAllah.. Ketahuilah jika kita dakwahkan kebesaran Allah paling kurang 2 jam setengah, maka iman kita akan jadi kuat dan insyaAllah amal masjid yg lain pasti jadi kuat juga. Hal ini kerana kekuatan iman hasil dakwah kalimah ini akan menambahkan keghairan buat taklim, ghast, korban, khuruj, zikir, Quran dan mcm2 amal lain . Dakwah lagi dan lagi insyaAllah.. sampai apabila izrail mahu cabut nyawa kita pun, kita dakwahkan kpd izrail "bkn izrail bg sakit tp Allah bg sakit". Bg izrail tekejut.

Percaya atau tidak, perkataan yg paling bnyk kita sebut ketika hayat kita pasti akan keluar balik ketika izrail sentap nyawa kita dgn ganas. Jika bnyk sebut perkataan tiket, tiket maka tiketlah akan keluar, jika bnyk sebut Lailahaillallah atau mahfum kalimah ini, insyaAllah perkataan Lailahailallah akan keluar dr mulut kita blk semasa saat sakaratulmaut. Barangsiapa dpt sebut Lailahaillallah sebelum mati, wajib syurga bg dia InsyaAllah..ayuh dakwahkan lagi dan lagi smpi GILA!!! ingat smpi GILA!!! atau paling kurang smpi org kata anda GILA!!!!

Nabi pernah berkata, lebih kurang begini "zikirlah kmu smpi org kata kmu gila" para Tabiin juga bnyk mengata sahabat nabi semua gila-gila belaka, sebab bnyk muzakarah ttg kebesaran Allah mcm org gila. Sahabat pula mengata para Tabiin org lemah belaka sbb kurg muzakarah kebesaran Allah. Kita mahu tiru sahabat bkn Tabiin kita mau jadi GILA!!!! bkn LEMAH!!! Penah dgr pepatah ORG GILA MASUK SYURGA??? haa saya sgt setuju.. Kesimpulannya anda kena JOS dakwah bkn bnyk mengata org JOS menunjuk2.. org yg kata karkun JOS menunjuk2 saya pasti dia karkun lemah. Sgt kurang sebut kebesaran Allah.. sesama karkun kita mesti JOS dakwah tetapi sesama org awam kita mesti bnyk ikram di samping dakwah kebesaran Allah juga insyaAllah!!!

http://hafizkilau.blogspot.com/2011/08/belajar-nafi-makhluk-isbat-allah.html

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Penyakit al-Wahn

                                                                                                                                                

عن ثوبان قال قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها" فقال قائل: ومن قِلّةٍ نحن يومئذٍ؟ قال: "بل أنتم يومئذٍ كثيرٌ، ولكنكم غثاءٌ كغثاء السيل، ولينزعنَّ اللّه من صدور عدوكم المهابة منكم، وليقذفنَّ اللّه في قلوبكم الوهن" فقال قائل: يارسول اللّه، وما الوهن؟ قال: حبُّ الدنيا وكراهية الموت



Daripada Thauban Rasulullah bersabda, “Hampir-hampir orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di dalam talam.” Seseorang berkata, “Apakah kerana sedikitnya kami waktu itu?” Baginda bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kalian seperti buih di atas air bah. Dan ALLAH mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta mencampakkan ke dalam hatimu penyakit wahn.” Maka seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”


Cinta dunia dan takut mati. Penyakit yang sememangnya telah menjadi kronik dalam kalangan umat Islam sekarang. Penyakit ini tiada dalam pengajian ilmu doktor samada lama maupun moden. Penyakit ini disebut oleh baginda nabi s.a.w lebih 14 kurun yang lalu. Kerananya umat Islam sekarang berada dalam kondisi yang amat lemah.


Jumlah umat Islam di seluruh dunia sekarang ialah 1.57 bilion dengan nisbah satu orang Islam bagi setiap empat penduduk dunia. Satu jumlah yang amat banyak berbanding agama lain. Umat Islam yang berada sekitar Negara haram Yahudi pun amat banyak jika dinisbahkan dengan Yahudi tapi apa yang berlaku?


Apa yang dikesali ialah walaupun kita boleh di anggap menang dari segi kuantiti tetapi kalah dari segi kualiti. Umum menyedari bahawa umat Islam di kebanyakan negara berada dalam situasi yang tidak boleh di banggakan. Lihat sahaja krisis yang melanda di kebanyakan negara umat Islam.


Sebagai contoh, Negara-negara Islam Arab mengelilingi Israel di segenap penjuru tapi Israel yang bilangannya sedikit dapat berdiri dengan sombongnya. Dikatakan kalaulah setiap orang Islam di Negara Arab bersatu membaling batu ke arah Israel secara serentak nescaya Israel akan tenggelam.


Realitinya umat Islam tidak saling bantu membantu bahkan bertelingkah antara satu sama lain. Salah satu daripada puncanya ialah kerana penyakit al-wahn. Kerana cintakan dunia maka tamak haloba menguasai umat. Kerana bencikan kematian maka manusia lupa ibadat. Hati mereka hanya untuk hidup senang di dunia walaupun hakikatnya tidak sedemikian.


Maka kita tidak boleh bangga dengan ramainya bilangan kita. Kita mahu manusia seperti sahabat dalam Badar. Walaupun bilangan mereka kecil tetapi dapat mengalahkan musuh yang banyak. Mereka adalah manusia yang cintakan akhirat dan mencari syahid di medan jihad.



Apa sebab umat Islam sekarang diperkotak katikkan oleh musuh Islam? Mengapa umat Islam tidak menang? Mengapa kualiti dan jati diri umat Islam terhakis? Hadis di atas menerangkannya. Kita diserang penyakit al-wahn – cinta dunia dan takut mati.

Adab Makan

Makan pun akan dilihat sebagai ibadah jika kita mengikut cara makan seperti Rasulullah saw. Islam melalui Rasulullah saw mengajar cara atau adab makan dan minum supaya ia berkesan di dalam kehidupan dan membezakan antara orang kafir dan orang Islam dan membezakan antara manusia dengan haiwan.




Dahulukan dengan membaca Bismillah ketika hendak makan atau minum bagi mendapatkan keberkatan terhadap makanan tersebut. Juga sebagai tanda terima kasih terhadap Allah swt yang memberikan rezeki.
Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Rasulullah saw bersabda, “Membasuh tangan sebelum makan menghilangkan kefakiran dan membasuh tangan sesudahnya menghilangkan(penyakit syaraf)". (HR Ath -Thabrani)
Sabda Nabi saw, "Apabila seseorang kamu mula makan maka hendaklah dia membaca bismillah. Jika dia terlupa membacanya, maka bacalah : Bismillah awalnya dan akhirnya". (HR Imam Abu Daud & Imam At Tirmidzi)
Membaca doa sebelum makan.
Makan dengan tangan kanan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Umar bin Abu Salamah r.anhu Katanya , "Aku berada dipangkuan Rasulullah saw sewaktu aku masih kecil dan tangan ku sentiasa meraba-raba di dalam tempat makanan. Maka berkata Rasulullah saw kepada ku, "Wahai anak kecil, baca Bismillah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang ada di hadapanmu".
Islam juga melarang (tidak sampai taraf haram) makan di dalam keadaan bersandar kerana ianya banyak meninggalkan kesan yang kurang baik dari segi kesihatan dan akan lekas tua. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw, "Aku tidak makan bersandar .."
Muliakan orang yang lebih tua dahulu untuk memulakan. Seperti hadith Rasulullah saw, "Apabila kami bersama Rasulullah saw menghadapi makanan, kami tidak menghulurkan tangan sehingga Baginda memulakan jamah makanan tersebut terlebih dahulu".
Rasulullah saw tidak pernah makan sendirian,sabdaan baginda, ”Makanan yang terbaik ialah makanan yang paling banyak mengambilnya”. (HR Abu Daud). Dari Wahsyi bin Harbin bahawasanya para sahabat Nabi saw berkata, "Wahai Rasulullah kami makan tetapi tidak kenyang, Rasulullah bertanya, "Barangkali kamu makan sendiri-sendiri?". Para sahabat menjawab, "Benar, ya Rasulullah". Rasulullah saw bersabda, "berkumpullah pada makanan kalian, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah untuk makanan itu nescaya makanan kalian akan diberkahi untuk kalian." (HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Jangan membazirkan makanan. Adalah Rasulullah saw apabila memakan makanan selalu menyisip ketiga jarinya seraya berkata, " Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan hendaklah dimakan dari ditinggalkannya untuk dimakan oleh syaitan".
Memalit-malit sisa-sisa makanan di dalam piring. Sabda Nabi saw,"Kamu tidak tahu yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat".
Membaca doa selepas makan.

Dipetik dari: Rahsia Membentuk Keluarga Muslim. Tulisan Ustaz Shaari Che In

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Doa Masnun


Doa Ketika Bangun Tidur


Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


Doa Ketika Memakai Pakaian



"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".



Doa Ketika Masuk Tandas


"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".


Doa Ketika Keluar Tandas


"Aku memohon keampunan daripadaMu".


Doa Keluar Rumah


"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".


Doa Memasuki Rumah


"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.



Doa Ketika Ditimpa Bencana





Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.



p/s : Insya-Allah akan di update dari masa ke semasa
Sumber : Doa Harian