Kita Hamba Allah سبحانه و تعالى‎ Umat Nabi صلى الله عليه و سلم

Kejayaan Seluruh Umat Manusia Dan Jin Hanyasanya Dalam Agama Allah سبحانه و تعالى‎ Dan Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.Sejauh Mana Kita Taat Pada Perintah Allah سبحانه و تعالى‎ Ikut Cara Yang Di Tunjukkan Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)

  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)

Asma Ul Husna

Kaum-kaum Yang Binasa


Kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan Allah s.w.t kerana ingkar perintah Allah dan menentang para Nabi. Semua Allah ceritakan dalam Al-Quran supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada umat akhir zaman.Kejayaan bukan pada apa yg ada pada dunia tetapi pada apa yang Allah perintahkan dengan perantaraan Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Kaum-kaum terdahulu telah ada segala-galanya kekayaan,kerajaan,kekuasaan,pangkat harta tapi tolak dakwah Nabi dan Rasul untuk taat Allah dan Rasul akhirnya didunia lagi mereka telah digagalkan oleh Allah.Firaun,Qarun,Namrud,Kaum Ad,Kaum Saba,Kaum Tsamud dan banyak lagi semua dihancurkan dengan sekali azab.Semoga kita ambil iktibar dari kisah -kisah tersebut.Kisah penuh boleh rujuk dalam website http://bangsamusnah.com/

Kepentingan Sunnah Nabi S.A.W



Kisah Saidina Umar r.a membaca secebis dari kitab taurat dan memberitahu kpd Nabi S.A.W dgn harapan baginda suka dan terima tetapi merah padam muka baginda menahan marah lalu Saidina Umar menyesal lalu berkata "aku reda Allah rabb ku,Islam agamaku dan Muhammad nabi dan rasulku". dan ustaz ckp itu bkn calang2 org yg baca dan bkn calang2  kitab.Saidina Umar, yg Nabi bgtahu jika ada Nabi lg selepasku maka Umar lah orgnya dan kitab taurat adalah kitab yg turun dr langit kpd Nabi Musa.itu pun baginda marah.Kenapa?Baginda S.A.W bgtahu lg "jika Musa turun dlm kalangan umatku dan kamu semua mengikutinya dan meninggalkan aku maka kamu semua akan sesat". SIAPA KITA??
ikut timur barat yahudi nasrani majusi tinggalkan sunnah baginda,ape agaknya reaksi Nabi S.A.W ye?sama2 kita istighfar dan kembali kpd islam bawaan Nabi Muhammad s.a.w.

Perasaan Ummah

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.
Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:
'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.
Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.
Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.
Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.
Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.
Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"
Ingatlah! Kata-kata saperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.
Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.
Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.
Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.
Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.
(*Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:
***********************************************************
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya.
***********************************************************)
Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.
Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.
Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.
Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.
Org Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.
Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.
Beliau mengakhiri bayannya dengan doa.
3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.
 
Sumber: http://perasaanummah.blogspot.com

UNTUK BERJAYA, PANDANG KE BELAKANG!

"Untuk berjaya dalam urusan-urusan hal keduniaan maka manusia perlu memandang jauh kehadapan. Akan tetapi untuk berjaya dalam urusan-urusan agama dan akhirat manusia perlu memandang ke belakang"

Susah hendak faham? Tidak boleh terima?

Perkataan "
memandang ke belakang" itu bermaksud merujuk, mengenali sifat-sifat unggul orang-orang terdahulu i.e Nabi s.a.w dan Sahabat-sahabat Nabi s.a.w serta mengikuti mereka kerana merekalah orang-orang yang telah berjaya - Allah s.w.t telah terima iman mereka dan telah nyatakan keredhaanNya pada mereka! Lebih jauh kita dari zaman mereka, lebih terhakis, lebih kurang dan lebih hilangnya nur dan roh amalan kita dari nur dan roh amalan mereka! Itu maksudnya!

Sumber: http://ultimatesuccessisindeen.blogspot.com

CAN WE ANSWER THESE QUESTIONS IN THE QUBOR?

Four (4) Questions in the Qubor. Ulama said, when asked, can we answer....

1-Allah is our Rabb if in Dunia we never glorify Allah in front of people, never invite people to wards Allah and never defy Makhluk (power, rank, wealth, job etc) as our sustainer or Rabb?

2-Nabi saw is our Prophet and we can recognize him when his image is shown to us if in Dunia we never follow the Sunnah - appearance, ways/deeds and thoughts of Nabi saw, never invite others towards Sunnah and never continue his biggest Sunnah i.e the work of dakwah ilallah?

3-Muslims are our ikhwan (brothers) if in Dunia we never visit them, love them, fulfill their haq as brothers in Islam, refrain from hurting them with our hands and tongue and we never know forty (40) of our neighbors?

4-Quran as our guide if in Dunia we never knew and took any lessons from the key points of the Quran - what is in Tauhid, what is in the work of Dakwah of all Prophets, what is it about the Ob edient, what is it aboutt the Kuffar, what is it in Akhirat and what is it in Fiqh and never amal (perform) all the commandments in it?

Excerpt from Majlis Fikir Iman Amal. Insya Allah, we take iktibar and tell others.

Sumber: http://ultimatesuccessisindeen.blogspot.com

KENAPA PERLU BUAT DAKWAH?

SEORANG Mufti ditanya, “Dakwah ni apa hukumnya tuan mufti, fardhu ain ke fardhu kifayah?”. Mufti bagitau,”Dakwah ni bukanlah fardhu ain atau fardhu kifayah”, Habis tu apa hukumnya tuan mufti??” .”Dakwah ni adalah ‘maksudul hayah’ (maksud hidup) dan mengatasi daripada fardhu ain dan kifayah. Maksud hidup ummat akhir zaman ini dihantar oleh Allah kepada seluruh umat manusia, iaitu untuk mengajak kepada ma’ruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan). Kebaikan yg macamana?, segala bentuk ketaatan kepada allah dan sunnah nabi saw. Kejahatan yg macamana?, seluruh perkara yg bertentangan dgn ketaatan kepada Allah dan sunnah nabi saw.
(dipetik dari Bayan Mokhtar TS,jemaah 10 hari masturat Sri Petaling).

SYAITAN takut dgn org yg buat dakwah, tapi syaitan tak takut dgn ibadat2 kita. (Mafhum Hadis Nabi SAW lebih kurang) Seorang yg azan, syaitan akan lari kebelakang dengan terkentut2 jauh sehingga tidak kedengaran lagi suara azan. Siapa sahaja yg azan, tidak kira orang muda atau tua, berpelajaran atau tidak, cantik atau hodoh, miskin atau kaya,kanak2 atau dewasa, asal laung saja AZAN ‘ALLAHU AKBAR…..ALLAHU AKBAR….’ Terusssss syaitan lari bertempiaran… tapi bila kita mula angkat takbir ‘ALLAHU AKBAR’ syaitan datang semula utk cuba rosakkan solat kita…LAFAZ yang sama,ERTI YANG SAMA tapi atas maksud yg berbeza. Lafaz Allahu akbar dalam azan merupakan dakwah, malah azan itu sendiri merupakan dakwah yang sempurna, dan lafaz Allahu akbar dalam solat adalah lafaz utk ibadat. Maka, syaitan datang utk membisik-bisikkan sesuatu di telinga dan timbul rasa was2 sehingga teringat itu dan ini, akhirnya lupa rakaat dalam solat…

(dipetik daripada Bayan Jemaah Jeddah Mekah yang keluar di Indonesia, mutarjim oleh Maulana Harun)

Ulama bagitahu semua orang boleh buat dakwah walau siapapun dia. Namun dalam ibadat perlu pada ilmu, terutamanya ilmu masail/hokum ahkam agama kena belajar dengan ustaz/guru2 yang mursyid. Ulama bagitahu, Allah gunakan perkataan ‘kuntum khoiru ummah…”kamu semua adalah sebaik2 ummat…” menunnjukkan semua orang daripada ummat nabi saw adlaah bertanggjung jawab walau apa keadaan dia sekalipun utk amal dan sebarkan agama allah. Tidak kira lelaki,wanita,terpelajar,buta huruf,tua muda,miskin kaya,di desa di kota,siapa sahaja bertanggung jawab atas perkara ini, iaitu (berdakwah) utk mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran’.
(dipetik dari Bayan Maulana Harun dan Bayan Mokhtar TS,jemaah 10 hari masturat Sri Petaling)

Dakwah begitu tinggi di sisi Allah. Dalam Quran, apabila Nabi sulaiman minta kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh sebelum dan selepasnya, Allah terus bagi kerajaan kepada Nabi Sulaiman dalam ayat yg seterusnya tanpa banyak soal kerana nialai dunia tidak ada apa2 di sisi Allah. Tapi apabila Nabi Musa minta Allah Jadikan sepupunya Harun Sbg Nabi utk Bantu beliau berdakwah kpd firaun, Allah telah ungkit satu persatu tentang bantuan2 Allah kpd beliau sebelum Allah pilih Harun sebagai Nabi. Allah telah ungkit sejak nabi musa dihanyutkan di sungai, dipelihara oleh firaun musuhnya sendiri dalam istana firaun,sehinnga Musa lari dari mesir kerana menyebabkan seorang qibti dibunuh barulah Allah tukar perintah “idzhab” kepada “idzhabaa” iaitu “pergilah kamu berdua (musa as dan Harun as) kepada firaun.. dalam ayat yg seterusnya”

(Dipetik drpd Bayan Maulana Rahmat (Bahasa Urdu), mutarjim Maulana Azhim Sri Petaling) 


ULAMA bagitahu, Hari ini bila seseorang tinggalkan solat, kita anggap itu satu dosa..bila seseorang tinggalkan amalan2 agama yg lain, puasa,zakat, haji dan lain2 kita anggap itu satu dosa…tetapi apabila tinggalkan kerja dakwah kita tak anggap sebagai satu dosa. Sedangkan, apabila dakwah ditinggalkan, maka dosa2 yg lain akan timbul…org tinggalkan solat, tidak bayar zakat,tidak puasa, tidak pergi haji walaupun mampu, minum arak, membunuh, berzina dan sebagainya akan timbul apabila dakwah tidak dibuat…

Sebab itu ULAMA kata kita kena banyak2 istighfar dan minta ampun dengan Allah sebab dah TINGGALKAN atau ABAIKAN kerja yg mulia ini. Dan, kalaupun kita buat ‘dakwah’, kita buat bukan mengikut apa yg Nabi dan para sahabat buat. kita mahu cara yg baru mengikut peredaran zaman dan bersesuaian dengan zaman sekarang yg serba canggih dan moden. kita tak nak susah payah utk agama. tapi kalau utk dunia kita sanggup susah payah, sanggup berjauhan dengan anak isteri tercinta, semata-mata kerana habuan dunia. Natijahnya, kita semakin ‘cinta’ dengan dunia dan kehidupan ‘dunia’ yg sementara. sebaliknya apabila kita susah payah utk AGAMA, natijahnya, Allah akan tambahkan kecintaan kita pada AGAMA dan kehidupan AKHIRAT.  


Sumber: http://syukri-abdullah.blogspot.com

Cerita tentang Pengorbanan

KADANGKALA KITA MEMINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG INDAH,TAPI ALLAH SWT BERIKAN KAKTUS BERDURI. KITA MEMINTA RAMA-RAMA,TETAPI DIBERIKAN ULAT. KITA PUN SEDIH, KECEWA BAHKAN MARAH..! NAMUN, KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA, INDAH SEKALI DAN ULAT ITUPUN MENJADI RAMA-RAMA YANG CANTIK...



ITULAH JALAN ALLAH SWT, INDAH PADA WAKTUNYA.. ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN, TAPI ALLAH SWT MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN..

KADANG-KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA, BERBURUK SANGKA. TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA, ALLAH SEDANG MERANGKA...YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA...AGAR KITA BELAJAR UNTUK SELALU IKHLAS DAN REDHA... SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA...

Hmmm...kata-kata di atas tu aku dapat SMS daripada Ustaz Firdaus yang bertugas di Bumi Sabah kat Keningau...saja nak kongsi dengan tuan-tuan yang mengunjungi Blog ni... :)

ULAMA bagitahu, semua amalan-amalan dalam ibadat Haji telah diambil dan disyariatkan daripada PENGORBANAN 3 beranak...Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar a.s...

Bayangkan tuan-tuan, Allah perintah Nabi Ibrahim untuk Keluar Jalan Allah dan tinggalkan Anak Isteri di tengah padang pasir yang gersang tanpa asbab untuk hidup. hinggakan Siti Hajar bertanya adakah ini perintah Allah, Nabi Ibrahim hanya angguk kepala dan terus Isterinya redha... tuan-tuan, kalau kita kuar 40 hari atau 4 bulan, phergghhh...macam-macam orang cakap...'tak sayang anak bini' lah, 'kejamlah'...dan macam-macam lagi..sedangkan kita kuar bukannya ikut suka-suka je..keluar dengan Mesyuarat, ada 'tafakut' untuk tanya ehwal keluarga dan macam-macam lagi....lepas tu, bertimbun makanan dalam peti sejuk, berguni beras kita simpan kat rumah, berbukit duit belanja tuk keluarga kat rumah masa kita keluar nanti...pun orang cakap bukan2 tanpa usul periksa...sabar je la...dorang tak paham sebab dorang belum keluar lagi belajar buat pengorbanan, belajar susah payah untuk agama...


“ITU NABI…KITA MANUSIA BIASA..” Kadang-kadang orang cakap macam tu…Allahu Akbar…Cuba tengok dalam quran ANCAMAN yang Allah bagi kepada mereka yang LEBIH MENGUTAMAKAN bapa, anak, saudara mara, isteri, kaum keluarga, harta benda, perniagaan, dan rumah daripada Allah dan Rasul dan berjihad di Jalan Allah??? Kita selalu baca Surah Yassin … tau tak apa kisah yang ada dalam Surah tu? Apa pesan Nabi sewaktu Haji terakhir Nabi dalam Fattah Mekah? SEMUANYA tentang DAKWAH....

Ulama bagitahu, kebanyakkan isi kandungan Al-Quran berkisar dalam Perkara DAKWAH/AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR, Kisah Nabi-nabi buat dakwah, kisah kaum-kaum yang menentang dan menerima dakwah, kerajaan dan kaum yang dibinasakan kerana menolak dakwah, percakapan-percakan mereka dirakam, hatta binatang yang terlibat dengan Dakwah pun diceritakan.... dalam Quran ada disentuh tentang Solat, Haji,Puasa dan ibadat-ibadat yang, tetapi tidak disebut secara detail solat macamana,apa bacaan,rukuk apa mau baca,sujud apa mau baca,begitu juga puasa, haji dan ibadat yang lain..tetapi Dakwah, Allah bagitau secara detail cara dan tertib..cakap dengan lemah lembut walaupun Raja zalim seperti Firaun, dan banyak perkara-perkara disentuh bagaimana mau menjalankan Dakwah..ini bukan saya cakap sendiri, ini dipetik Bayan Ulama..

Berkat PENGORBANAN 3 beranak ni lah Allah telah syariatkan segala perbuatan mereka dalam Ibadah Haji...termasuk ibadah Korban...

APA yang telah saya dan kita korbankan hari ini untuk agama, tuan-tuan?Apa yang kita dah buat dengan iman dan islam yang kita nikmati secara FREE tanpa SUSAH PAYAH ni?....cukup ke SAYA DAH MENGUCAP..DAH ISLAM PUN, DAH SOLAT,DAH PUASA, DAH ZAKAT, DAH HAJI..ALHAMDULLILAH...CUKUP....TAK PAYAH SUSAH-SUSAH BUAT DAKWAH...USTAZ KAN ADAAA...JABATAN2 AGAMA KAN ADAAA....ASTAGHFIRULLAH....


PARA Sahabat Nabi SAW telah dijanjikan Syurga Oleh Allah..hatta 10 orang Sahabat telah dijamin Syurga Oleh Nabi SAW semasa di dunia lagi...PUN BEGITU bagaimana PENGORBANAN mereka untuk agama? Sehingga Nabi SAW masih perintahkan mereka untuk MEMPERBAHARUI IMAN mereka..bagaimana SAYA..bagaimana KITA?...

Kita di Malaysia tak nampak hari ni...bagaimana keadaan USAHA AGAMA di seluruh dunia....begitu maju sedangkan mereka TERUS maju dalam membuat PENGORBANAN untuk AGAMA...sedangkan kita masih tertanya-tanya,"DAKWAH NI FARDHU AIN KE FARDHU KIFAYAH???"..


WALLAHU A'LAM


Sumber: http://syukri-abdullah.blogspot.com

DUIT O DUIT


DUIT penting..!! Sebab apa? Dengan duit boleh beli rumah besar...kereta besar...isteri besar??Semuanya besar belaka...handphone pun skarang makin besar....i-Pad, Tabloid dan sebagainya...pendek ’citer’ semuanya pakai duit...kalau dulu beli barang pakai duit, skarang ’buang’ kotoran pun pakai duit...air kencing dan najis pun ada harga skarang...20sen atau 30 sen skali buang kat tandas awam..phergghh...
ungkapan ’wang ringgit tidak boleh beli kebahagiaan’ orang tak percaya dah...trend skarang ’duit lah segalanya..’..oleh kerana itu, kerja over-time untuk dapat wang banyak..kumpul banyak-banyak untuk ’masa hadapan’ yang cerah..katanya...AGAMA???takpe, solat ble qadho, Haji dan umrah tangguh dulu...zakat? nanti duit disimpan terpakai pula...puasa?emmmmmm.....
wang dikumpul hingga penuh kat bank...penuh kat bawah bantal..penuh kat almari...akhirnya jatuh sakit...bila dah jatuh sakit...terbalik pulak...’kesihatan pula segala-galanya’... examples?? Duit yang bertimbun tu guna pulak untuk beli ubat..buat x-ray..buat CAT scanning...yang penting cepat sembuh seperti sediakala...
tup-tup..tak sembuh jugak...doktor kata,” encik mengidap kencing manis, kaki mesti kena potong..kalau tak merebak..nyawa terancam”, dia kata,” takpe doktor,potong je...”..akhirnya kaki dipotong....dia pun kata,”ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH DOKTOR KERANA MEMOTONG KAKI SAYA”...pastu doktor pula kena bagi duit sebab potong kaki dia...AGAMA??Solat...nantila...saya sakit..kaki dah takde...UZURRRR..katanya...
kenapa sanggup kena potong kaki? Sebab masa tu, bukan duit lagi penting...bukan kesihatan lagi yang penting...tetapi nyawa yang penting pulak skarang....sanggup buat apa saja supaya nyawa selamat....duit, kesihatan tak penting..yang penting Nyawa selamat...yang penting tak mati....sanggup buat apa saja, yang penting selamat..HIDUP....kewajipan terhadap agama diabaikan....solat nombor dua,yang penting nyawa selamat, nanti baru qadho..berubat dulu...penyakit semakin merebak..akhirnya, meninggal dunia...INNALILLAH...
DALAM kubur pula kena azab kerana mengabaikan perintah agama, barulah pada masa itu sedar bahawa IMAN dan AMAL jauh lebih penting daripada Nyawa....kerana sakit di dunia hanya berakhir dengan kematian..tetapi alam akhirat kesakitan yang berpanjangan menanti....tak boleh mati dah...
 
Sumber: http://syukri-abdullah.blogspot.com

Kelebihan Miswak (Sugi)


1.Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

2.Mempertajamkan ingatan.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."

3.Mempertajamkan kecerdasan.
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

4.Menghilangkan balgham(kahak).
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menghapuskan balgham." (Ihya-ul-'Ulum)

5.Menyembuhkan penyakit.
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

6.Miswak mewangikan mulut.

7.Miswak memperkuatkan gusi.

8.Miswak menahan gigi daripada reput.

9.Miswak menahan kerosakan gigi yang lebih kritikal akibat kereputan yang telah ada pada gigi.

10.Miswak menyembuhkan sakit kepala.

11.Miswak menolong menghilangkan sakit gigi.

12.Miswak memberikan nur (cahaya) pada wajah orang yang selalu menggunakannya.

13.Miswak mencahayakan gigi.

14.Miswak menghilangkan kekuningan pada gigi.

15.Miswak memperkuatkan penglihatan.

16.Miswak menolong menghadamkan makanan di dalam badan.

17.Miswak melawaskan suara.

18.Miswak memudahkan selera.

19.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak menambahkan kelancaran percakapan seseorang." (Al-Jaami')

20.Miswak memudahkan selera makan. (Thibbi Nabawi)

21.Miswak menambahkan kelancaran percakapan.
Abu Hurairah R.'Anhu berkata bahawa: "Miswak menambahkan kelancaran percakapan seseorang." (Al-Jami')

22."Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)

23. Syaitan sangat benci orang yang menggunakan miswak.


Dan banyak lagi fadhilat miswak.....

Sumber: http://fikirumat.blogspot.com

Apa itu Lelaki Dayus.....??

Assalamualaikum..."Ku anfusikum wa ahlikum naro"..
Artikel kali ini membincangkan tentang siapa lelaki dayus yang tidak akan memasuki syurga.Lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak2,ataupun abang dan adik lelaki yang mempunyai saudara kandungnya yang wanita.Adakah mereka ini berisiko terdedah kepada ancaman dayus??Sama2 kita baca dan hayati artikel di bawah..

Nabi SAW bersabda :-Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini.

Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?1) Sabda Nabi : -Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi saw:Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)(al-Hakim)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS????

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :-"

Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sumber : wirapendang.blogspot.com

Kepentingan Dakwah


Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).

Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu Majah).Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau, bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).

Jika seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami, tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat.

Berikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.

Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.

Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah.

Apabila mereka pergi haji atau umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?

"Setelah mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agama yang lebih baik daripada wanita ini?

Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.

"Selepas itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda: "dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan) itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu dengan mereka (kaum lelaki),"

Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut.
Sumber : ziarah76.blogspot.com

10 Tanda Hati Mati



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda hati mati ialah :-

Kamu mengaku kenal ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.


Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.


Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


Kamu memakan nikmat-nikmat ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberianNya.


Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.


Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkanya.


Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.


Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu masih tidak bersedia untunya.


Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.


Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaramu seislam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
 
Sumber: http://rahba81.blogspot.com

Kepentingan Menutup Aib Saudara Seagama

Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

 Assalamualaikum..

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.

2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.

3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib pribadi orang lain di hadapan khalayak.

4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik.

MENCARI KEKURANGAN DAN AIB ORANG AIN

Diantara sifat seseorang yang paling buruk adalah suka mencari-cari kekurangan orang lain, merasa gembira jika ada orang lain terlanjur melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengumpulkan kesalahan-kesalahan orang lain.Permusuhan dengan orang lain membuat hidup seseorang menjadi keruh, tidak tenang dan keimanan serta keagamaannyapun terganggu.

Cuba anda perhatikan, orang yang selalu sibuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain, maka biasanya ia mempunyai sensitiviti kritikan dan perasaan merasa puas yang luar biasa jika melihat orang yang dibencinya terkena suatu musibah. Sehingga seolah-olah seluruh kelenjar yang ada di dalam tubuhnya dipenuhi dengan racun yang membuatnya belum dapat lega dan tenang kecuali jika ia telah mengeluarkan seluruh racun tersebut.

Yang harus anda lakukan adalah tekad untuk berkarya, membangun dan memberi kemanfaatan kepada orang lain. Tinggalkan kritikan-kritikan yang tidak membina dan jangan sibukkan diri anda dengan kekurangan dan aib orang lain. Karena lalat tidak akan hinggap kecuali pada luka yang membusuk. Setiap orang memerlukan kawan yang selalu dapat saling do’a mendo’akan antara sesama.

Yang harus anda perhatikan adalah diri anda sendiri,periksa dan carilah kekurangan dan aib yang ada pada diri anda, tuduh dan hukumlah diri anda sendiri, sehingga hal ini dapat membuat anda tidak punya waktu lagi untuk memeriksa dan mencai kekurangan orang lain. Akan tetapi sebagian orang bahkan mengaibkan dirinya sendiri, bahkan ia puji, ia agap suci, dan ia selalu membelanya mati-maian, padahal dirinya tersebut dipenuhi dengan aib dan kekurangan.
Untuk balasan yang sesuai dengan perbuatannya, maka Allah s.w.t. mentakdirkan mengutus orang yang akan menyingkap keburukan-keburukan orang seperti ini, yang akan menyebarkan aib dan kekurangannya serta yang akan menyangkal segala ucapan nya, .

Dan sebaliknya siapa yang menutup aib saudara seagama, maka Allah s.w.t. juga akan menutup aib dirinya. Dan siapa yang melindungi dan menjaga kehormatan orang mukmin, maka Allah s.w.t. akan mentakdirkan seseorang yang juga akan menjaga dan melindungi kehormatan dirinya, sebagai balasan yang setimpal.
 
Sumber: http://rahba81.blogspot.com

Pentingnya Mentaati Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dia telah mendurhakai Allah. Begitu pula, barangsiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku, dan barangsiapa mendurhakai petugasku, maka dia telah mendurhakaiku.' (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra. lagi, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 'Semua ummatku akan memasuki syurga kecuali yang enggan memasukinya. Siapa yang mentaatiku akan memasuki syurga, dan siapa yang mendurhakaiku, maka dialah orang yang enggan memasuki syurga.'(Riwayat Bukhari)

Jabir ra. bercerita, katanya: Suatu peristiwa datanglah beberapa Malaikat kepada Nabi SAW ketika beliau sedang tidur, lalu mereka berkata: Bahwa sesungguhnya teman kamu ini dapat diberikan beberapa perumpamaan, cobalah berikan perumpamaan baginya! Maka berkata yang satu: Dia ini sedang tidur. Yang lain berkata: Meskipun matanya tidur, namun hatinya tetap sadar! Lalu berkata pula Malaikat yang lain: Perumpamaan temanmu ini ialah perumpamaan seorang lelaki yang baru selesai membangun sebuah rumah, lalu dia pun mengadakan undangan makan, dan mengundang orang datang kepadanya. Jadi, sesiapa yang menerima undangan itu, dia akan memasuki rumah itu, dan dapatlah dia memakan dari makanan yang disediakan itu. Dan sesiapa yang menolak undangan itu, tidak akan memasuki rumah itu, dan tidak dapatlah dia memakan dari makanan yang disediakan di situ!

Kemudian berkata Malaikat yang mendengar perumpamaan itu: Jelaskanlah perkara ini kepadanya (Nabi Muhammad) supaya dia mengertinya! Lalu ada Malaikat yang berkata: Bukankah dia sedang tidur?! Jawab yang lain: Bukankah sudah aku katakan; matanya saja yang tidur, namun hatinya sadar (dapat menangkap maksud dari berita ini). Maka para Malaikat itu pun berkata: Rumah itu diibaratkan dengan 'Syurga', dan orang yang mengundang itu ialah 'Muhammad' itu sendiri. Tegasnya, siapa saja yang mentaati Muhammad, maka dia mentaati Allah. Dan siapa saja yang mendurhakai Muhammad, maka dia mendurhakai Allah. Dan Muhammad itu adalah penengah (di antara Allah) dengan manusia! (Riwayat Bukhari) Ad-Darimi juga mengeluarkan cerita yang sama dari Rabitah Al-jarasyi ra. dengan maksudnya yang sama (kitab: Al-Misykah, hal. 21)

Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 'Hanyalah perumpamaanku dan perumpamaan apa yang diutus Allah kepadaku adalah perumpamaan seorang lelaki yang datang kepada suatu kaum, lalu dia berkata kepada mereka: Hai kaumku! Saya lihat dengan mataku sendiri, ada suatu bala tentara yang datang, dan saya adalah pemberi peringatan yang telanjang (dapat dimaksudkan: yang paling jujur), maka selamatkanlah diri kamu! Selamatkanlah! Kerana itu ada di antara kaumnya yang mentaatinya, maka dari sejak malam mereka telah keluar melarikan diri dengan secara teratur, hingga akhirnya mereka selamat. Ketika sekumpulan yang lain telah mendustakannya, dan mereka terus menetap di tempat mereka. Akhirnya, mereka sejak pagi buta telah diserang oleh bala tentara (musuh) itu, yang membinasakan mereka serta memukul bersih apa saja yang ada di hadapannya. Itulah dia perumpamaan siapa yang mentaatiku serta menuruti apa yang saya sampaikan kepadanya. Demikian pula perumpamaan siapa yang menderbakaiku serta mendustakan apa yang saya sampaikan kepadanya dari perkara kebenaran itu.' (Riwayat Darimi)

Razin telah membawa suatu berita dari Umar ra. yang dirafakkannya kepada Rasulullah SAW sabdanya: Aku sudah menanyakan Tuhanku tentang perselisihan para sahabatku sepeninggalku, lalu Allah mewahyukan kepadaku, katanya: Wahai Muhammad! Sesungguhnya semua para sahabatmu itu dalam pandanganku adalah umpama bintang-bintang di langit, setengah mereka lebih teguh dari setengah yang lain, namun bagi setiap satu darinya ada cahayanya yang tersendiri. Maka barangsiapa yang mengambil sesuatu dari apa yang ada pada diri mereka tanpa memandang pada perselisihan mereka itu, maka dia itu dalam pandanganku berada di atas kebenaran. Kemudian Nabi SAW pun berkata: Para sahabatku itu seumpama bintang-bintang maka siapa saja dari mereka yang kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk. (Jam'ul-Fawa'id 2:201)

Dari Al-Irbadh bin Sariyah ra. yang menceritakan suatu peristiwa, katanya: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengimami kami satu shalat, dan sesudah selesai shalat, beliau lalu menghadapkan wajahnya kepada kami serta menyampaikan suatu pidato yang sungguh berkesan sekali pada diri kami, sehingga bercucuranlah air mata kami dan gemetarlah segala urat perut kami. Sehabis pidato itu, telah bangun seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah pidato ini adalah suatu pidato terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal! Jadi, apakah yang patut engkau pesankan untuk kami?! jawab beliau: Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, selalu mendengar perintah dan mentaatinya, walaupun yang memerintah itu seorang hamba habsyi (yang hitam warna kulitnya). Kerana sesungguhnya, siapa saja yang hidup di antara kamu sesudahku nanti dia akan melihat perselisihan-perselisihan yang banyak. Maka ketika itu, hendaklah kamu berpegang teguh kepada perjalananku dan pejalanan para Khulafaur-Rasyidin yang sudah tertunjuk (oleh hidayatku), hendaklah kamu berpegang kuat dengannya, dan gigitlah dia dengan gigi geraham kamu. Berhati-hatilah kamu dengan mengada-adakan (hukum) yang baru, kerana setiap hukum yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat! (Riwayat Tarmidzy dan Abu Daud)

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman ra. telah merafakkan bicara ini kepada Nabi SAW sabdanya: Aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan berada bersama-sama kamu. Tetapi aku mengingatkan kamu supaya mengikuti dua orang ini sepeninggalku. Lalu beliau menunjuk kepada Abu Bakar dan Umar radhiallahu-anhuma. Sambungnya lagi: Ambillah petunjuk yang diberikan Ammar, dan dengar apa yang dibicarakan Ibnu Mas'ud dan percayailah dia!(Riwayat Tarmidzy)

Dari Bilal bin Al-Haris Al-Muzani ra. bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnat (jalan) dari sunnatku yang telah ditinggalkan orang sepeninggalku, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengamalkannya sesudah itu, tiada dikurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka (yang mengamalkannya itu). Dan barangsiapa yang mengadaadakan suatu bid'ah yang menyesatkan yang tiada diridhai Allah dan RasuINya, maka dia akan menanggung dosanya seperti dosadosa orang yang mengamalkannya, tiada dikurangi sedikit pun dari dosa-dosa orang yang mengamalkannya.'(Riwayat Tarmidzy) Ibnu Majah juga meriwayatkan suatu Hadis yang serupa ini dari Katsir bin Abdullah bin Amru, dari bapanya, dari datuknya.

Dari Amru bin Auf ra. bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya agama (Islam) itu akan kembali ke Hijaz, sebagaimana ular yang kembali ke dalam lobangnya. Lalu agama itu akan tertambat di Hijaz umpama tertambatnya unta-unta di puncak gunung. Sesungguhnya agama itu lahir asing (tidak dikenali orang), dan dia akan kembali asing seperti mula lahimya. Maka berbahagialah orang-orang asing itu (yakni kaum yang bukan Arab), kerana merekalah yang akan membetulkan apa yang dirusakkan manusia dari sunnatku sepeninggalku nanti."(Riwayat Tarmidzy)

Dari Abdullah bin Amru ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 'Akan berlaku ke atas ummatku seperti mana yang berlaku ke atas kaum Bani Israel umpama sepasang sepatu, satu dengan yang lain, sampai terjadi di antara mereka orang yang mendatangi (melakukan zina) ibunya secara terang-terangan, demikian pula yang akan berlaku pada ummatku juga. Dan bahwasanya kaum Bani Israel akan terpecah-belah kepada tujuh puluh dua kaum, dan ummatku pula akan terpecah-belah kepada tujuh puluh tiga kaum, semuanya adalah di dalam neraka, kecuali satu kaum saja. Para sahabat bertanya: Siapa kaum itu, hai Rasulullah?! jawab beliau: kaum yang mengikutiku dan mengikuti para sahabatku!' (Riwayat Tarmidzy)

Sumber: http://azharjaafar.blogspot.com

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Detik Kewafatan Rasullullah SAW

Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:

"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.

Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:

"Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.

Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.

Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.

Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
 
Sumber: http://azharjaafar.blogspot.com
 
Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Sumber: http://azharjaafar.blogspot.com

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Perjuangan Meninggikan Kalimatullah

Abu Nu'aim telah memberitakan dari Jubair bin Nufair dari ayahnya, katanya: Ketika sedang kami duduk-duduk dengan Al-Miqdad bin Al-Aswad r.a. pada suatu hari, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki, lalu berkata: Beruntunglah kedua belah mata yang telah melihat Rasulullah SAW. Demi Allah, kami sungguh bercita-cita jika dapat melihat apa yang engkau lihat, dan menyaksikan apa yang engkau saksikan, engkau telah mendengar, lalu engkau merasa kagum dari kebaikan yang dikatakan kepadamu!

Mendengar itu, Al-Miqdad bin Al-Aswad pun menghadapinya seraya berkata: Mengapa sampai ada seseorang di antara kamu yang bercita-cita untuk berada dalam sesuatu zaman yang telah dilewatkan oleh Allah azzawajalla, padahal dia sendiri masih tidak yakin apa yang terjadi ke atas dirinya sekiranya dia hadir pada zaman itu! Demi Allah, telah hadir di zaman Rasulullah SAW itu beberapa kaum, yang akan ditelungkupkan muka mereka menghujam neraka jahannam, karena mereka tidak menyambut seruannya dan tidak mempercayainya sama sekali. Bukan sebaiknya kamu bersyukur kepada Allah, karena Dia tiada melahirkan kamu, melainkan kamu telah mengenal Tuhan kamu serta mempercayai apa yang dibawa oleh Nabi kamu 'alaihis-salam, sedang kamu terhindar dari azab yang ditimpakan ke atas selain kamu itu? Demi Allah, sungguh Nabi SAW telah dibangkitkan pada suatu zaman yang sangat berat yang pernah dibangkitkan dari para Nabi yang sebelumnya. Beliau dibangkitkan pada masa yang penuh kerusakan dan jahiliah, yang mana manusia memandang agama itu tiada yang lebih baik dari menyembah berhala sebagai tuhan. Lalu beliau didatangkan membawa Al-Quran yang membedakan antara yang hak dengan yang batil, memisahkan antara ayah dan anaknya, sehingga ada orang yang mendapati ayahnya, atau anaknya, atau saudaranya sendiri kafir, sedang Allah telah membuka kunci hatinya untuk menampung iman, dan dia mengetahui akan binasalah siapa yang memasuki api neraka itu, sehingga tidak betah lagi pemikirannya karena dia mengetahui bahwa ada orang yang paling dekat kekerabatnya berada di dalam api neraka! Dan hal itu tepat sekali dengan apa yang disebutkan Allah azzawajalla 'Tuhan kami! jadikanlah anak isteri kami penyelamat bagi kami!'
(Hilyatul Auliya' 1:175)

Ibnu Ishak memberitakan dari Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazhi, katanya:pernah suatu kali telah datang seorang dari penduduk Kufah, lalu berkata kepada Huzaifah bin Al-Yaman ra.: 'Hai Abu Abdullah!' kata orang ahli Kufah itu. 'Apakah engkau telah melihat Rasulullah dan bersahabat dengannya?' 'Ya, wahai saudaraku! ' jawab Huzaifah. 'Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap beliau, coba ceritakan!' pinta orang dari Kufah itu. 'Kami lakukan apa yang semampu kami saja,'jawab Huzaifah.
'Demi Allah,'kata orang itu,'jika kita yang menemuinya pada zaman itu, niscaya kami tidak membiarkannya berjalan di atas bumi sama sekali, niscaya kami memikulnya di atas punggung kami!'
'Apa katamu, wahai saudaraku?!'tanya Huzaifah.'Demi Allah, aku masih ingat ketika hari menggali parit (Khandak) itu, aku dapati betapa susah-payahnya Rasulullah menanggung lapar dan dahaga, menanggung udara yang dingin dan merasa takut sekali!'

Dalam riwayat Muslim, maka berkata Huzaifah: "Engkau mengatakan yang engkau akan berbuat begitu kepada Rasulullah SAW? Aku pernah menyaksikan mereka bersama Rasulullah SAW pada malam perang Ahzab, pada suatu malam yang berangin sangat kencang dengan udaranya yang sangat dingin, betapa mereka menanggung semua itu. Kemudian Huzaifah melarang mereka mengatakan seperti itu terhadap para sahabat.

Sumber: http://azharjaafar.blogspot.com

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

Random Muntakhab Hadith & Fikr Ama

Android : RMHFA

Berkongsi aplikasi android RMHFA (Random Muntakhab Hadith & Fikr Amal), saranan rakan di blog.









Aplikasi ini agak ringkas, latar belakang warna hitam dengan teks serta button untuk refresh. Insyaallah beberapa perkara dalam aplikasi ini,


1. Setakat ini, bilangan MH, 309 hadis. FA, 975 athar/malfuzat.
2. Fikr Amal lebih kepada berkaitan tazkiyatun nafs.
3. Saiz aplikasi 310kb.
4. Orientasi skrin, auto.
5. Tidak perlu online internet semasa menggunakannya.





:: Jika kedudukan teks adalah center, maka ini tidak mengapa.





Muat turun di pautan ini, RMAFA



Sedikit nasehat Dr Kamran, bayan maghrib 20hb Mei 2012 di ijtima Malaysia baru-baru ini, "Orang yang keluar di jalan Allah membawa handphone kerana keluarga dan perniagaan, akan mendapat ganjaran pahala keluar di jalan Allah tetapi tidak akan dapat belajar iman."

InsyaAllah, semoga sama-sama dapat mengamalkannya.


Sumber: http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi

UNTUK MU WAHAI ISTRIKU!!

Hari ini aku pergi..
Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan.

       Hari ini aku pergi ..
       Karena perintah dari Dzat yang telah menancapkan
       Getaran di hatiku
       Ketika aku menatapmu disaat malam pertama kita

Hari ini aku pergi..
Untuk menyenangkan hati
Seseorang yang telah korbankan seluruh hidupnya
Untuk kebahagiaan kita hari ini
Sehingga kau dan aku berjumpa
Dalam keadaan Islam

       Hari ini aku pergi
       untuk menghapuskan luka
       Sayyidul Ambiya Muhammad SAW
       Karena lautan maksiat
       Yang telah dibuat
       Oleh orang yang mengaku sebagai umatnya

Jadi.. Wahai Istriku!!
Aku pergi tinggalkan kamu
Untuk datang kepada Dzat
Yang memiliki hati kamu
Hingga bersemi cinta diantara kita

       Aku pergi tinggalkan kamu..
       Bukan karena aku tak menyayangimu
       Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
       Mengawasi cinta kita
       Ada tangan yang akan pukul kita,
       Ketika cinta kita melebihi cinta kepada Nya.

Jika Esok
Ketika kau terbangun dari tidurmu
Kau tak dapati aku disisimu
Maka
Cepatlah bertasbih!!
Alhamdulillah..
Kenapa ?
Bukankah Ummul Muminin Aisyah Rha
Ketika merasa senang..
Karena hidup bersama kekasih Alloh

       Maka Rosul SAW sabdakan:
       “Bahwa orang yang paling bahagia
       Adalah orang yang suaminya keluar di Jalan Alloh
       Karena dia bukan hidup dengan kekasih Alloh
       Tetapi hidup bersama Alloh SWT.!!“

Jika esok ....
Ketika melihat kamar kita sepi,
Tak ada canda ceria seperti hari sebelumnya

       Maka..
       Bayangkan olehmu
       Bagaimana rumah sahabiyah!!
       Suami mereka selalu pergi bawa pedang
       Terkadang tak ada khabar
       Yang ada hanya kubur

Tetapi...
Mereka tetap katakan
Biarlah Rumah kami sepi,
Asalkan rumah rumah di seluruh alam
Penuh dengan Nur Iman

       Jika Esok...
       Tak ada tangan
       Yang memberi suapan ketika kau makan
       Seperti yang biasa ku lakukan padamu

Yakinlah Wahai Istriku !!
Alloh SWT akan beri suapan padamu
Hidangan yang memiliki 70 rasa Di Jannat
Yang tak akan jadi kotoran yang jijik
Mengeluarkan keringat melebihi Kasturi

       Ketahuilah Istriku!!
       Bahwa makanan di dunia
       Mangandung Racun yang jadi penyakit
       Jika tak dibuang hajat

Jika Esok ....
Musibah,Ujian,dan sejuta masalah
Datang dalam kehidupanmu tanpa aku
Lihatlah kepada hatimu !!
Kemana kamu berlari ?
Saat itu Alloh ingin lihat Iman kamu
Yang hari hari bergantung kepadaku

       Kini,jika kau berwudhu,
       Dirikan sholat..!!
       Adukan urusanmu kepada Robb mu
       Kau akan bahagia di dunia yang sementara
       Dan akherat yang selamanya.

Jika saat itu....
Kau cari pertolongan dengan benda
Itulah kegagalan dalam hidup kamu
Kau akan menderita slamanya

       Ketahuilah!!
       Masalah selesai atau tidak bukanlah maksud
       Tetapi Taluq kepada Alloh
       Itulah suatu kejayaan yang besar

Istriku..!!
Jangan tipu Alloh SWT!!
Kau meminta dengan
Iyyaka Nabudu wa Iyya ka Nastain
Sementara kau meyakini
Bahwa kejayaan
Dalam mengumpulkan benda benda

       Jangan terpengaruh dengan keadaan dunia
       Alloh beri Dunia ini kepada orang yang dicintai
       Dan juga kepada yang di benci

Didalam kesenangannya ada kesusahan
Dan kesudahan dari penderitaannya
Adalah kebahagiaan

       Sehingga senang dan susah kamu
       Tetaplah mentaati Alloh SWT

Jangan kau bangga
Seandainya kau dapatkan seluruh dunia
Tetapi kau kehilangan Alloh ,maka itulah
Kerugian yang besar
Karena...
Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril as.
Dengan jaring yang kau buat
Dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu
Itupun bukanlah kejayaan
Jika hari harimu kehilangan Alloh

       Karena Orang yang kehilangan Alloh
       Kehilangan segala galanya

Banyak orang dirikan Sholat untuk hadirkan benda
Tetapi...
Adakah orang sholat untuk dapatkan Alloh SWT
Padahal...
Barang siapa yang dapatkan Alloh
Maka dapatkan segalanya.


       Jika Esok...l
       Kau terpandang Rumah tetangga kita
       Suara tawa, keceriaan terdengar dari sana
       Suami mereka selalu di rumah
       Tak pernah khuruj fi Sabilillah

Jangan kau iri!!
Kau justru harus belas kasih kepada mereka
Mereka sedang membangun tangisan
Dan permusuhan yang hebat di rumah mereka

Ketahuilah ... !!
Bahwa setiap orang membangun rumah tangga
Hakekatnya membangun tempat menangis
Di rumah mereka akan datang Malakul Maut
Menjeput setiap nyawa yang ada
Tak ada belas kasih
Walau mereka katakan :
Jangan ambil Istriku!!
Jangan ambil anakku!!

Tak ada tebusan sedikit pun
Dan juga diberi tangguh sesaat pun
Saat itulah suami mereka akan menyesal
Salahkan semua ahli keluarga

Ya Alloh !!
Karena kesibukanku memenuhi hajat Istriku
Aku lalai menjadi Naib Nabi Mu
Aku kini malu jumpa kekasih Mu
Aku tak gembirakan hati Sayyidul Mursalin
Aku lempar sunah sunahnya
Dan aku asyik makan minum
Bersama anak istriku seperti hewan
Sementara hati Nabi Mu terkoyak koyak.

Istri dan anak mereka pun akan katakan:
Wahai Suamiku!!
Mana tanggung jawabmu?
Kau tak pernah sirami hatiku dengan Nur Iman
Kau tak isi buku catatanku dengan amal

Ketahuilah Istriku..
Bahwa setiap amal suami
Merupakan tabungan buat istrinya

Bayangkan olehmu
Bagaimana jika seorang suami
Hanya pandai mencari uang
Apakah buku amalmu akan bertambah??

Jadi Istriku..
Kepergianku melewati batas negeri
Adalah untuk mempersiapkan
Pesta pesta besar untuk kita

Bagaimana pendapatmu
Jika ada seorang ayah meruntuhkan rumahnya
Untuk diganti dengan rumah yang lebih besar
Apakah anak istrinya marah?
Tentu tidak !!
Mereka akan semakin sayang kepada Ayahnya

Istriku terlihat aku hancurkan rumah tangga kita
Tetapi sebenarnya
Aku sedang membangun kembali yang lebih besar
Dari lempengan emas yang tembus seperti kaca.

Rumah yang besar
Taman yang besar
Ingatlah !!bahwa kenikmatan dunia ini tak seutuhnya
Lihatlah !! ketika kau makan buah
Akan terganggu dengan bijinya
Dan ketika kau  berjalan di taman
Ada kerikil yang menusuk

Ahli Dunia ...
Yang belum selesaikan tugasnya
Maka akan gelisah tak bisa tidur nyenyak
Dan tak makan enak.

Aku pun demikian
Aku tak bisa tenang
Karena belum sempurnakan iman kamu dan anak anak
Aku takut suatu hari dimana bumi dibelah
Dan isi dada dikeluarkan

Sedang Alloh berfirman:
Iman kamu tertolak!!

Walaupun kita berhaji,
Dan berjuta kebaikan kita buat
Tetapi Alloh akan murka karena telah disyarikatkan

Lihatlah olehmu pemilik toko
Apakah dia rela..
Di pagi hari ketika ia datang
Sedang tokonya sudah diduduki orang lain.

Dan seekor ayam
Tak akan masuk kedalam kandang
Yang berisi musang

Alloh tak inginkan
Dihati hamba ada Najis dunia yang mengotori
Ketahuilah Dunia ini bangkai
Dan yang mengejarnya adalah anjing!!

Itulah sebabnya
Aku harus pergi di jalan Alloh
Untuk  membuang segala kecintaan dunia
Mudah mudahan Alloh akan mencintai kita
Dan memudahkan perjalanan kita
Pada saaat hari terakhir kita di dunia ini

Ketahuilah !!
Bahwa kematian adalah hari raya
Bagi orang yang memiliki iman kamil
Aku tinggalkan kamu.........
Untuk merubah kesedihan dalam kematian
Sebagaimana kekasih  Alloh
Yang telah sukses melewatinya.

Ingatlah !!
Maut adalah kendaraan setiap insan menuju Alloh SWT
Pada saat itu
Mesin yang dibutuhkan bukan harta atau kerajaan
Tetapi iman dan Amal sholeh
Sedangkan jalan untuk sempurnanya Iman
Adalah dengan korbankan harta dan diri
Di jalan Alloh SWT

Percayalah !!
Walaupun Aku yang maju dihadapan musuh
Tetapi...
kau yang dibukakan pintu syurga terlebih dahulu
Oleh Ridwan as.

Kau menunggu 500 tahun didepan cermin emas
Dan Kau menjadi ratu bagi 70000 bidadari
Dan malaekat.

tahukah kamu !!
Bahwa kecantikan bidadari 70000kali
Dari kecantikan wanita terhebat di dunia

Sedangkan engkau wahai Istriku...
70 kali dari kecantikan bidadari,
Bagaimana mungkin
Aku akan terkesan dengan selain mu ?

Hari pertama kita pada perjumpaan yang abadi,
Tertawa terus tak ada lagi tangis,
Sehat tak ada sakit,
Kaya yang tak akan datang miskin

Kau sangat mengagumkan ...
Aku terkesima puluhan tahun memandangmu
Bibirku perlahan berkata: “Siapakah kamu?
Kau tersenyum..
Seandainya di syurga ada kematian
Maka senyummu akan membuatku mati pada saat itu

Malam pertama kita tertidur
Laksana penganten baru lamanya 40 tahun
Dengan kekuatan seratus kali di dunia.
Alloh Qobul Farmae...

Itulah sebabnya...
Kau jangan tertipu dengan wanita di dunia
Syech Malik bin Dinar katakan:
Nilai seorang wanita tercantik di dunia ini
adalah tak lebih dari 2 butir kurma saja.

Mereka mengeluarkan bau yang sedap
Jika tak mandi beberapa hari...
Maafkan aku,
Karena aku tak pernah membawa kamu ke salon dunia
Karena Aku tak mau ditipu oleh mereka

Baju yang kamu pakaipun
Dari bahan yang murah
Dan hanya berwarna hitam
Menutup wajah manismu

Ketahuilah baju itu lebih baik
Dari seluruh dunia dan seisinya
Karena itulah pakaian  istri Raja dunia Akherat
Yaitu para Ummul Muminin
Istri Rosululloh SAW.

Jangan terpesona dengan perhiasan ahli dunia
Gelang yang mereka pakai
Akan dipanaskan dan ditempelkan
Di punggung mereka.

Gincu yang mereka pakai
Akan menarik mulut mereka sampai ke perut
Rambut yang disasak
Akan digantung menjadi ikatan
Sedang dibawah dibakar api

Tahukah engkau wahai Istriku !!
Bahwa satu rambut wanita yang tampak
Akan memasukkan seratus tahun kedalam neraka

Hari itu tak akan ada lagi siulan yang mengagumi
Tak ada mata yang berani menatap
Bahkan tak ada yang berani mengaku kenal dengannya

Mereka teriak...
Oh,.. Alangkah baiknya jika dahulu aku berhijab!!
Aku telah terfitnah dan menyebar fitnah
Kutampakkan betisku
Di depan etalase toko

Ku Rias wajahku di kantor kantor
Ku perdengarkan suara ku didepan umum
Kupandang setiap mata laki laki yang berbicara padaku
Kubiarkan selain suamiku
Mencium bau farfum ku
Eee Alloh !! Maafkan aku

Saat itu mereka teriak “Lapaar”
Maka hadiah zaqum
Buah yang berduri sebesar kepala syetan
ditelankan sehingga tersangkut di leher

Ketika mereka teriah Hauss!!
Maka datang gislin
cairan nanah dan darah yang mendidih

Saking hausnya...
sehingga langsung meneguknya
Maka bukan hanya zaqum yang turun ke perut
Tetapi semua isi perut terburai melalui anus.
Naudzubillahi min dzalik...

Aku pernah dengar orang kaya
Yang berpakaian amat mahal
Datang ke sebuah pesta
Tetapi ia tak bahagia ....
Karena selalu memperkatikan baju tamu lainnya
Takut takut ada yang lebih mahal darinya.

Jika kamu istiqomah menggunakan purdah
Maka Alloh akan menjemput kamu
Untuk hadir di pesta Nabi Nabi

Jika telingamu kau jaga dari musik musik dunia
Kau akan mendengan suara Nabi Daud as  bernyanyi.
Dimana sungaipun akan berhenti mengalir
Untuk mendengar kemerduannya.

Kau akan dengar..
Baginda membacakan surat Yasin dan Thaha
Dan puncak kebahagiaan seluruh penghuni jannat
Ketika melihat wajah Alloh
Dan mendengar Alloh SWT membaca firmannya
surat Arrahman

Itulah sebabnya aku nasehati kamu
Agar kau tundukkan pandangan
Karena mata yang tak dijaga di jalan Alloh
Adalah yang pertama Kali
Dihajar Syujaul aqro di kubur
Dan di Mahsyar bangkit dalam keadaan buta.

Dan jagalah mulut mu dari ghibah
Kerana busuknya ghibah
Akan mengotori seluruh samudera

Jangan berdusta !!
Karana kau bagaikan membungkus racun
Dengan gula-gula
Manis ketika dusta..
Tetapi, kau akan di benci manusia
1 kali dusta malaekat berlari 100 mil dari mu


Jangan tertipu dengan pentas dunia
Karena pesta didunia ini
Selalu berakhir dengan kelelahan dan kemarahan

Lihatlah!!
Dimanakan rumah rumah yang dahulunya berpesta
Kemana wanita yang dahulu bernyanyi itu
Mana alunan musik yang mereka dendangkan?
Semuanya kini tinggallah puing puing
Dan desiran Angin...

Tetaplah kamu selalu bertawakkal kepada Alloh
Walaupun Langit dan bumi akan menghimpit kamu
Jalanlah mencari jalan haram
Karena Alloh tetap memberi jalan keluar yang halal
Walaupun hanya setitik celah

Tetaplah di Rumah kamu...
Maka Alloh SWT akan memelihara kamu
Sebagaimana memelihara seorang bayi

Banyak wanita  memiliki alasan Klasik
Untuk tinggalkan” benteng tarbiyat”
yakni rumahnya
Sehingga Agama menjadi lemah

Mereka katakan:
Aku terjepit masalah Ekonomi
Anakku butuh biaya sekolah
Penghasilan suamiku tak mencukupi dll
Sehingga membenarkan hukum
Mereka berada di Etalase kaca milik orang orang kafir
Ketahuilah olehmu
Itu semua karena kelemahan Iman mereka
Mereka punya masalah dengan Alloh SWT,
Sehingga...
Alloh hadirkan masalah dalam kehidupannya.
Asbab keluarnya mereka dari rumah
Maka berdirilah panti panti jompo
Tahukah kamu untuk apa ?
Itu merupakan balas dendam anak
Yang tidak terencana

Mereka akan kirim ibu mereka kesana
Untuk habiskan umur
Menunggu mati
Sambil main lempar bola
bersama para lansia
Alangkah menyedihkan bukan ?

Jangan kau sia siakan umurmu
Masa luangmu kajilah sunah Nabimu
Dan usahalah hidup sebagaimana sahabiyah
Siang mereka jadikan menjadi siangmu
Dan malam mereka jadikanlah malammu
Sehingga keridhoan Alloh datang kepadamu
Sebagaimana telah datang kepaga mereka

Orang orang terdahulu dari kalangan Muhajirin
dan Ansor serta orang yang mengikuti mereka
dengan kebaikan merekalah orang yang Alloh Ridho
kepada mereka dan mereka Ridho kepada Alloh (Attaubah 100)

Jangan kau tambah Ilmu kamu
Tentang keduaniaan
Yang menyebabkan kamu mencintainya
Aku bangga...
jika ada orang bertanya kepadamu
Dimanakah tempat belanja terhebat di kota ini ?
Sedangkan engkau mengatakan tak tahu

Ketahuilah Bahwa Sahabiyah
Mereka tak hafal
Jalan di kampung mereka sendiri
Tetapi
Mereka hafal jalan jalan menuju syurga

Itulah sebabnya...
Mereka telah hantarkan suami mereka
Anak anak mereka ke syurga
Dengan jalan pintas

Teriakan mereka..
Menjadikan Amru bin Jamuh yang lumpuh
Menjadi Masyhur di langit
Asbab Istrinya berteriak
“Pergilah suamiku bersama anak anak
janganlah kamu menjadi pengecut”.

Asbab Wanita berteriak serukan jihad
Berapa banyak laki laki..
Telah menjadi Raja Raja di Syurga
Jika kamu melihat syurga,niscaya terlihat merupakan kenikmatan dan kerajaan yang besar (Al Insan 20)

Istriku walau kaum hawa lemah
Tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia

Berapa banyak orang masuk penjara dunia
Karena wanita berteriak:
Suamiku,aku ingin rumah yang besar,
Aku ingin baju yang mahal
Aku ingin makan enak...
Aku ingin...aku ingin...

Sehingga lelaki
telah kehilangan akal sehatnya
Berbuat kejahatan
Berapa banyak laki laki..
Terjerumus...
Kedalam Lam lam dan Ghoyya
Suatu lembah di Neraka
Hatta ...Balam bin Bauro seorang wali
Menjadi penghuninya

Istriku!!
Hiduplah dengan sederhana
Karena sederhana adalah pupuk dari agama
Agama akan subur dengan kesederhanaan
Dan Alloh SWT akan menolong hamba
Yang ada dalam kesederhanaan

Jika rumah kamu begitu banyak barang yang kau beli
Maka kau akan sibuk membersihkannya
Tetapi kau lupa bersihkan hati

Hidupkanlah talim rumahmu
Untuk hadirkan malaekat yang akan buat suasana
Sehingga menularkan sifatnya kepada Anak anak kita

Walau rumah kita
Tak ada harta apa apa
Namun penduduk langit melihatnya  bercahaya
Sebagaiman kita memandang bintang di langit

Ketahuilah !!
Bahwa kehidupan ini pada hakekatnya Ruh bukan jasad
Saat kematian seorang kerabat.
Kenapa kita menangis padahal jasad masih ada dihadapan
Itu karena hakekat kehidupan yaitu Ruh telah pergi.

Ruh ibarat penunggang
Sedangkan jasad adalah kudanya
Jika talim tak kau buat ,sedangkan kau makan 3 kali sehari
Maka bagaimana Ruh kamu bisa kendalikan jasadmu

Syech Haji Abdul Wahab katakan:
Apabila Ruh kamu selalu diikutkan untuk memenuhi
Kebutuhan jasad kamu.
Maka Ruh kamu akan busuk ketika kematian
Sehingga...
Jika diciumkan kepada orang yang pingsan
Akan langsung tersadar

Aku pernah datang  kesuatu negeri di Musim panas
Kucoba berjalan tanpa alas kaki
Rasa panas begitu menusuk sampai ke sendi
Sekujur tubuhku berkeringat

Aku membayangkan
Suatu masa di Mahsyar
Dimana bumi yang baru
Dari tembaga yang mendidih
Akan dibentangkan

Setiap orang yang membawa harta 
Akan berdiri disana
Tak mungkin aku tega melihat kau
Ada dalam barisan itu
hanya karena benda benda dunia
Yang nikmatnya sesaat..

Ketahuilah bahwa
Ketika seorang bercita cita kayaraya
Maka ia telah mendaftarkan dirinya
Untuk antri dalam barisan hisab yang panjang.
Yakinlah bahwa Alloh tak letakkan kemuliaan
Dalam harta sebagaimana Qorun

Atau dalam kekuasaan sebagaimana Firaun,
Dalam perdagangan sebagaimana kaum Madyan,
Dalam banyaknya pengikut sebagaimana kaum Nuh
Dalam pertanian sebagaimana kaum Saba

Dalam Teknologi sebagaimana kaum Tsamud
Dalam Kekuatan tubuh sebagaimana Kaum Ad
Alloh telah hinakan mereka.
Karena tak ada iman yan shoheh

Istriku Bacalah Al Quran!!
Sebagaimana seorang murid
Membacanya didepan guru
Maka kau harus hadirkan dirimu
Seolah...
Kau memabacanya dihadapan Alloh SWT

Karena setiap huruf yang kau baca
Dilipat menjadi 10 kebaikan
Jika akau amalkan apa yang kau baca
Maka kedua orang tuamu
akan dipakaikan mahkota
Dihari kiamat...
Yang terangnya
Melebihi sinar matahari didalam rumah
Bagaimana dengan ganjaran untuk kamu
Yang membacanya langsung

Janganlah lupa berdzikir,
Setiap nafas yang keluar dari hidungmu
Sertailah Nama Alloh
Ingatlah !!! Umar ra katakan
“bahwa mengingat makhluk adalah penyakit
dan obatnya adalah mengingat Alloh.”

Aku pernah dengar kisah seorang wali yang bisa terbang
karena makanan yang dimasak oleh istrinya sambil berdzikir

Aku titipi kepadamu anak anak kita
Didiklah dengan agama yang benar!!

Jika mereka meminta sesuatu kepada mu
Katakanlah: Nak, mintalah hajat mu kepada Alloh
Karena
Ia bukan hanya mendapatkan yang di dunia
Tetapi Alloh akan berikannya juga di akherat.

Aku ceritakan tentang Ummu Sulaim,..
Mendidik puteranya kejujuran

Saat Anas bin Malik pulang terlambat
Maka dia tanya: “Dari Mana?”
Anas katakan:”Dari tunaikan hajat Rosululloh SAW.”
“Hajat apa?”Tanya ibunya
Anas ra:”Walaupun engkau Ibuku, Aku tak akan
menceritakan rahasia Rosululloh SAW.!

Ummu Sulaim katakan:
Anakku simpanlah Rahasia Rosulloh SAW
jangan kau ceritakan kepada siapapun

Dan Aku Ceritakan kepadamu
tentang Ummu Imaroh
tatkala puteranya..
Abdullah bin Zaid  syahid dipotong potong
Oleh Musailamah Al Kadzab.

Maka penduduk Madinah berbondong bondong
Memberi Ucapan Takziyah kepadanya.
Tetapi Wanita Mujahidah itu katakan:
Jangan Ucapkan Takziyah kepadaku
tetapi Ucapkanlah Tahniyah”.Kenapa?

Ketika aku menempelkan mulutnya
Ke puting susuku
Maka aku telah berniat
Menyerahkannya untuk Alloh SWT
Dan kini niatku telah diterima Alloh SWT
itulah sebabnya aku bahagia kini.”

Waktu aku di India
Aku mendengar kisah
Tentang pahlawan Tipu Suta
yang tak terkalahkan oleh penjajah Inggris,

Suatu kali...
ia jalan Di Hutan dan jumpa Harimau
Maka dengan tangan kosong
Dia telah pukul Harimau itu
Sampai mati.
Kisahnya menyebar diseluruh pelosok negeri
Dan ketika didengar oleh ibunya maka Ia katakan:
“Aku tak Heran dengan Anakku!
Karena setiapkali aku menyusuinya selalu dalam
keadaan berwudhu dan mengucap Bismillah!!”

Aisyah ra.melihat seorang ibu
Dan dua anaknya kelaparan.
Maka disedekahkan 3 kurma yang dibagi rata,
Tetapi ketika Ibunya hendak memakannya
2 anaknya merebut
Dan ia pun mengalah tak jadi makan.

Kejadian ini dilaporkan kepada Nabi SAW.
beliau bersabda:
”Kasih sayang ibu itu kepada Anaknya
menyebabkan tak akan tersentuh api neraka”
.
Kamu lihat betapa sedih seorang ibu
Ketika anaknya demam
Padahal api neraka 70 kali
Dari seluruh api dunia yang akan membakar anaknya
Jika tak mentaati Alloh SWT

Bagaimana kamu bisa tenang
Jika terus berfikir untuk anak anak kita

Istriku pandanglah!!
wajah anak kita ketika tertidur
Perhatikanlah bibirnya adalah bibir kamu,
Matanya tajam seperti matamu
Pipi mereka lesung seperti kamu

Apakah kamu tak sadari ..
Jika kau gagal ..
Membawa mereka
Kepada pakaian keshalehan
Maka Api neraka akan menjilatnya

Waktumu hanya sekali
Inilah saat kau korbankan dirimu
Untuk mereka
Inilah saat kau berpeluh,
Mengurangi Segala kesenanganmu

Maulana Umar Palanpuri rah a
Jadi ulama besar
Karena kisah ibunya tentang Nabi- Nabi
Saat beliau kecil.

Waktu ibunya Naza(Sakratul Maut)
Beliau sedang khuruz fi sabililah
Maka ibunya melarang pulang
Karena melihat rahmat turun asbab
Amalan puteranya

Istriku ....
Nabi SAW sabdakan :
“Seorang yang  memelihara kuda
Untuk digunakan berjihat
Maka
Air kencingnya, kotoranya
Makannanya akan ditimbang
Menjadi kebaikan buat pemiliknya”

Lihatlah!!
Bagaimana kalau kamu pelihara anakmu
Untuk kau persembahkan untuk Allah !!

Istriku
Tak ada nabi dari kaum Hawa
Tetapi seluruh Nabi keluar dari rahim mereka
Tanah yang subur
Akan keluarkan tanaman yang baik
Tanah yang  gersang
Biasanya tumbuh pohon berduri

Wanita yang buruk
Walaupun dia istri seorang Nabi
Akan melahirkan anak yang kafir
Lihatlah istri Nabi nuh!!

Wanita yg siap korban
Menghinakan diri untuk Allah
Akan melahirkan orang-orang sholeh
Lihatlah Hajar rha, Maryam rha.
Bahkan ketika Isra Miraj
Nabi telah mencium bau harum dari pusara Masyitoh
Seorang wanita...
Yang telah korbankan seluruh keluarganya untuk Alloh SWT

Aku menyadari....
Bahwa aku bukanlah Ali bin Abi Tholib
Dan Engkau bukan Fathimah
Iman kita lemah
Sehingga kita harus tetap usaha atas Iman
Sebagaimana sahabat
Bantulah aku dalam menempuh  kejayaan ini
Dimana orang buta sekalipun
Akan sampai jika melalui jalan ini

Jangan bebani aku dengan perkara dunia
Yang aku tak mampu penuhi
Agar aku bisa istiqomah dalam kerja Dakwah ini.

Aku dengar kisah seorang wanita di Pakistan.
Ia tasykil suaminya keluar satu tahun di jalan Alloh
Suaminya kata:”Nanti bagaimana dengan kamu?”
Istrinya: Alloh akan menjagaku!!

Suaminya:Tetapi satu tahun telalu lama 365 hari
Istrinya katakan :
Tidak kau jangan menghitungnya 365.
Tetapi hitunglah bulan pertama dengan hari yaitu 30 hari
Kemudian bulan kedua,ketiga,keempat dst dengan hitungan
bulan yaitu 11 bulan .Dan Bulan terakhir kau hitunglah
dengan minggu yaitu 3 minggu sedangkan diminggu
terakhir kau kembali hitung hari yaitu 7 hari sehingga
kau hanya mendapatkan hitungan 51 bukan 365!!!Masya Alloh....

Saksikanlah olehmu !! berapa banyak keluarga
Yang suaminya hendak pergi bekerja ke luar negeri
bertahun tahun...
tetapi orang tua ,mertua siap ambil takaza
unrtuk jaga istri dan anak anak.,,Kenapa?

Karena mereka paham nilai uang
tetapi tak faham nilai amal
Mereka kata : Ada uang semua Beres!!!
Padahal uang tak bisa beri manfaat dan mudhorot
kecuali atas izin Alloh..

Berapa banyak orang yang berhasil
Kumpulkan uang
Justru saat itulah puncak kebinasaan
Aku dengar kisah seorang Pakistan
Yang keruk uang di Negeri Petro Dollar

Setelah uang terkumpul..
Dia telah bangun rumah di negeri kelahiran
Waktu hari peresmian rumah
Ada tradisi cipratkan air disekeliling rumah
Tak sadar ada kabel terkelupas,
Saat itulah listrik
Telah menyambarnya dan dia mati.

Hidup ini seperti mimpi,
Dan akan terjaga setelah mati
Seorang yang di penjara bermimpi menjadi raja,
Apakah bahagia yang hakiki?
Tidak !!ketika dia terbangun tetaplah dia ada didalam sel.

Tetapi seorang raja yang mimpi di penjara
digebuki,dicaci,apakah penderitaan hakiki?
Tidak!!ketika terbangun dia berada di singgasana

Seorang yang berjalan menuju padang pasir
Maka hawa panas sudah terasa di perjalanan,
Sedangkan orang yang perjalanan
Menuju puncak gunung
Maka hawa sejuk terasa di perjalanan

Istriku ...
jangan berhajat kepada harta yang ada pada orang lain
Karena hidup ini tak dipengaruhi benda.
Benda tak pengaruhi keadaan
Dan keadaan tak pengaruhi benda
Tetapi benda dan keadaan
Dipengaruhi oleh Amal kamu

Kedatangan harta kedalam rumah
Tidak identik dengan datangnya rahmat di rumah kita.
Karena rahmat datang bukan dengan harta
Tetapi dengan amalan

Jangan dengar omongan orang
Atau saran mereka
Untuk selesaikan suatu persoalanmu
Tetapi langsunglah kamu berdiri dua Rokaat
Untuk minta bantuan Alloh SWT

Mungkin banyak orang kata:
Sampai kapan suamimu selalu pergi
tinggalkan kamu  khuruj fi Sabilillah?”

Ketahuilah bahwa menjaga Iman
Seperti menjaga sawah dari rumput,
Setiap saat harus di bersihkan sampai kapan ?
Yakni sampai dipanen

Jadi aku akan terus usaha ..
sampai dipetik ruh kita oleh Izrail as.

Orang banyak akan cibir kita
Bahkan Mufti bagi fatwa
“Bahwa tinggalkan anak istri
dan tak nafkahi mereka hukumnya Haram.”
Ketahuilah bahwa...
Mufti pertama dalam sejarah Ummat ini
Adalah Abu Bakar Sidiq,
Beliau telah habiskan semua hartanya
Untuk Alloh dan RosulNya

Dan beliau telah perintah semua laki laki
Tinggalkan Madinah...
Sehingga 3 hari Madinah tak ada Adzan

Jalan dalam kehidupan ini hanya dua saja
Yaitu jalan Nafsu dan jalan ittiba

Jalan Nafsu adalah Hewaniat
Lihatlah olehmu seekor kerbau
Dia asyik makan sementara kawannya disembelih

Sedang jalan Ittiba hanya Satu
Katakanlah kekasihku Muhammad SAW bahwa
inilah jalan ku menyeru manusia kepada Alloh
atas Bashiroh (Yakni kerja)
Aku dan emua orang mengikutiku..{Yusuf 108}

Seperti kita hendak pergi ke suatu kota
Kita hafal perjalanannya
Dari tanda tanda yang ada,
Berapa sungai yang dilalui,
Berapa tikungan,berapa jembatan yang diseberangi?
Kalau sekiranya jalan yang kita tempuh
Tak sesuai tanda yang kita tahu
Apakah kita akan sampai?
Tidak!!kita tentu tersesat..

Istriku banyak orang merasa di jalan kebenaran,
Tetapi mereka tak rasakan penderitaan Nabinya.
Mereka duduk di Rumah ,pergi ke kantor ,
kemudian sholat lima waktu,berhaji,
Mengaku sudah berada di jalan Nabinya?

Sementara Rosululloh SAW
berjalan diterik matahari untuk jumpa manusia,
Dicaci,dipukul hingga keluar darah dari tubuhnya

Itulah sebabnya beliau menjanjikan kepada Umatnya:
Barang siapa yang menolong aku
dan membantuku menyampaikan risalah
Tuhanku maka baginya jannat,”

Seluruh Sahabat telah ambil takaza ini
Mereka pergi tinggalkan rumah mereka

Aku telah habiskan uang kita
Dan pulang pun tak bawa hadiah

Tetapi...
aku membawa pakaianaku
Yang penuh debu fi sabilillah
Sentuhlah oleh tanganmu
Karena Debu yang menempel di jalan Alloh
Adalah tameng api Neraka

Wahai istriku
Jika kau lihat aku
Tak pergi dari rumah disaat nisob
Dan tak sempurnakan takaza umat

Maka itu berarti
Aku tak mencintaimu lagi
Kenapa ?.

Perkawinan kita hanya di dunia
Allah akan pisahkan kita di akherat
Sebab aku telah jadikan kamu
Sebagai penghalang “Usaha Dakwah”

Tidak!!,
Ini tak boleh terjadi!!
Kau harus targhib aku lagi

Siapkan, bisterku, bagku, dan
Tarik tangan ku kedepan pintu
Kunci pintu itu agar aku tak masuk lagi.
Teriaklah kamu: “pergilah suamiku!
Persiapkan pesta pesta besar
Untuk kita,”

Katakan padaku:
  • aku ingin minum khamar
          yg tak memabukkan
  • Aku ingin susu , madu dari sungai
         yang mengalir didepan rumah kita.
  • aku ingin naik kuda yg bersayap.

  • aku ingin makanan  yg tak perlu masak dulu
  • aku sudah bosan dgn asap dapur kita,
 
  • Aku ingin pelayan yg tak minta upah,
         tak pernah lellah...

  • aku ingin Enjoy terus.


Aku ingat
Waktu kau hamil
Minta buah yg tak musimnya
Aku mencarinya
Ke seluruhnya pelosok kota
Karena aku menyayangimu

Perkawinan dunia
Adalah permainan
Cintanya pun
Cinta yang main main

Cinta sesunguhnya
Tak ada penghianatan
Tak pernah lagi puji orang lain
Suami istri saling mengagumi
Tak pernah bandingkan dgn orang lain
Hanyalah di Surga Naim

Sebelum ku Akhiri surat ku
Aku ingin beri pujian untuk pengorbanan mu
Tetapi
Aku tak pandai bersyair
Tak seperti ahli dunia mengutip
“Beet Houven” atau “Shakespear”
untuk memuji kekasihnya.

Namun, aku hanya bisa berkata:
Aku mengagumi “mata mu yang memerah
Saat kau menagis meminta hidayah

Aku mencintai “pipimu yang memerah
Saat kau berkhidmat, menyiapkan
Secangkir teh disaat aku lelah.

Aku takjub dengan “hidangmu
Yang mengeluarkan isak”
Saat kau bertobat atas masa lalu kita.

Aku mencintai belaian “tangan mu”
Saat kau mengusap anak kita
Yang berbuat kesalahan.

Aku menikmati indahnya “senyummu
Saat kau menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.

Aku bahagia
Saat melihat payudaramu
Ditepelkan ke mulut anak kita,
Semantara tubuhmu
Masih tetap berbalu hijab.

Aku bersyukur
Alloh telah Jodohkan aku denganmu
Aku tahu..
Banyak lelaki yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia siakan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akherat

Istriku Aku mencintaimu....
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu.. maafkan aku

Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan

Ya Alloh Anugerahkan Kami
Rahmatilah kami....
Gembirakanlah Istriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya

Bersihkan hati Istriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafadzkan nama Mu
saat hari terakhir kehidupan dunianya

Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama MU
Jadikan Asbab kau satukan kami di Jannah

Jadikan kesedihan kami,kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami....
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau Ridho kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam...
Amin ..Amin....Amin 
Sumber: http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com
 
Insya-Allah.Baca Lagi dan Lagi