
Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).
Firman
Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu
perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah)
kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah
lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan
mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman
yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke
tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada
Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu
kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).
Dari
Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w
telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu
hari yang lain. (riwayat Nasai').
Dari Aisyah r.ha
meriwayatkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tubuh badan
siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah, maka Allah pasti akan
mengharamkan ke atasnya api neraka. (riwayat Ahmad, Tabrani).
Dari
Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sepagi atau
sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
(Mirqat)
Dari Abu Hirairah r.a meriwayatkan bahawa aku
telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Berdiri sejenak di jalan
Allah adalah lebih baik daripada beribadat pada lailatul Qadar di
hadapan Hajar Aswad. (riwayat Ibnu Hibban).
Dari Abdullah
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu
diminta untuk keluar di jalan Allah maka keluarlah. (riwayat Ibnu
Majah).Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya
Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana (mengembara, merantau,
bermusafir, melancong). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kelana
umatku adalah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).
Jika
seorang isteri redha suaminya keluar di jalan Allah, maka si isteri
akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti diperolehi suami,
tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami. Walaupun isteri hanya
berada di rumah tetapi pahala dan ganjaran yang tersedia di akhirat
menyamai pahala suami yang sedang berada di jalan Allah. Bahkan si
isteri akan memasuki syurga 500 tahun lebih dahulu berbanding
suami.1,000 tahun dunia adalah sama dengan satu hari akhirat.
Berikut adalah kisah pertanyaan Asma' r.a mengenai ganjaran bagi kaum wanita yang dipetik dari kitab kisah para sahabat:
Hazrat
Asma binti Yazid r.ha seorang wanita Ansar. Beliau datang kepada
Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi
daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada
wanmita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan.
Sesungguhnya
tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab
itu lah kami jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah.
Tetapi
kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik
tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu
mereka disempurnakan melalui kami juga. Kami menanggung anak-anak
mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami
dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat
solah berjemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri
upacara jenazah, menunaikan haji demi haji dan lebih daripada itu mereka
berjuang di jalan Allah.
Apabila mereka pergi haji atau
umrah ataupun berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta
mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak
mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?
"Setelah
mendengarkan ini, Rasulullah s.a.w berpaling ke arah para sahabat lalu
bersabda: Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan
agama yang lebih baik daripada wanita ini?
Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh menanyakan soalan sedemikian.
"Selepas
itu Rasulullah s.a.w berpaling kepada Hazrat Asma r.ha dan bersabda:
"dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu
kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu
dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaan(keredhaan)
itu maka pahala bagi kesemua amal kebajikan tadi ialah sama antara kamu
dengan mereka (kaum lelaki),"
Maka kembalikan Hazrat Asma r.ha dengan penuh kegembiraan setelah mendengar jawapan tersebut.
Sumber : ziarah76.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan