Assalamualaikum..."Ku anfusikum wa ahlikum naro"..
Artikel
kali ini membincangkan tentang siapa lelaki dayus yang tidak akan
memasuki syurga.Lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak2,ataupun
abang dan adik lelaki yang mempunyai saudara kandungnya yang
wanita.Adakah mereka ini berisiko terdedah kepada ancaman dayus??Sama2
kita baca dan hayati artikel di bawah..
Nabi SAW bersabda
:-Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada
bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka
kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki
DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih :
Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula
:Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang
ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan
maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) Malah banyak
lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith
ini.
Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki
dayus?1) Sabda Nabi : -Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia
mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki
syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai
lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai
Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah
itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA
YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat
At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari
hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah
si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah
dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya
membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk
oleh sebarangan lelaki lain.2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith
lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab
Nabi saw:Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi :
Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat,
bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan
keluarganya)(al-Hakim)
BILA LELAKI MENJADI DAYUS????
1)
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2)
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan
anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki
motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7)
Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang
starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan
kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya
atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya
atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu
seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10)
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa
sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan
yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12)
Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu
banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan
sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau
anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara
sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad
dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :-"
Jika
demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita
melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut
tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang
berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda
sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam
kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah
dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka.Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda
:Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)
Sumber : wirapendang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan